Sabtu, 2 Oktober 2010

Pegawai polis mati kejar mat rempit

 Pegawai polis mati kejar mat rempit 



KUALA LUMPUR 1 Okt. - Naluri sebagai seorang polis yang tidak boleh melihat penjenayah terlepas mendorong pegawai ini mengejar seorang mat rempit dalam satu operasi yang dijalankan malam tadi.
Semasa kejadian, Mohd. Khairul Zaini Mohd. Zain (gambar), 31, mengetuai 10 anggotanya membuat pemantauan di lokasi 'panas' di pusat bandar yang menjadi tumpuan golongan itu.
Namun ketika meronda di sekitar Sentul, beliau yang berpakaian preman dikatakan terserempak dengan seorang mat rempit sedang membuat aksi berbahaya lalu bertindak mengejar lelaki itu.
Malangnya, semasa mengejar suspek di Jalan Sentul Murni, Taman Datuk Senu di sini, motosikal Yamaha 125Z ditunggang Mohd. Khairul Zaini gagal mengelak sebuah kereta yang tiba-tiba keluar dari jalan sehala.
Akibatnya dalam kejadian pukul 10.45 malam itu, motosikal Mohd. Khairul Zaini merempuh kereta tersebut mengakibatkan mangsa tercampak beberapa meter.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala, meninggal dunia di tempat kejadian.
LAGI DI   UTUSAN MALAYSIA

______________________________________________________________________________________________


'Papa dah mati biar Danish jaga mama'


2010/10/02

  
  • Foto
    HARLINA ditenangkan ahli keluarga ketika tiba di Hospital Kuala Lumpur, semalam.
  • Foto
    Khairul Zaini Mohd Zain
KOTA BHARU: ‘Papa dah mati... tak apa, nanti Danish jaga mama,’ itulah luahan Muhammad Danish Farhan Mohd Khairul Zaini, 4, anak tunggal seorang pegawai polis trafik yang maut dalam kemalangan ketika mengejar sekumpulan ‘mat rempit’ dalam kejadian di Jalan Taman Datuk Senu di sini, malam kelmarin.

Reaksi kanak-kanak itu tidak mengejutkan kerana itulah pesanan sering disampaikan bapanya, Cif Inspektor Khairul Zaini Mohd Zain, 32. Allahyarham berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 10 tahun lalu.

LAGI DI BERITA HARIAN.
__________________________________________________

Operasi terakhir: Cif inspektor kejar Mat Rempit maut


KOTA BHARU: “Mama, papa sudah tiada (meninggal), nanti Danish jaga mama,” begitu luahan hati Muhammad Danish Farhan, 4, kepada ibunya, Harlina Abdul Hadi, 31, selepas kematian suami, Cif Inspektor Mohd Khairul Zaini Zain, 31, yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Datuk Senu, Kuala Lumpur, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam, mangsa yang mengetuai operasi mencegah lumba haram maut apabila motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa dan anggotanya mengejar kumpulan Mat Rempit yang cuba melepasi sekatan jalan dalam operasi berkenaan dengan mengekori motosikal kumpulan itu.

Bagaimanapun, ketika mengejar Mat Rempit itu yang membuat pusingan U, sebuah kereta dipandu seorang wanita berusia 44 tahun gagal berhenti bagi memberi laluan kepada mangsa menyebabkan kenderaan mereka bertembung.

LAGI DI HARIAN METRO.




AL FATIHAH..... 

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...