Khamis, 11 November 2010

Berita Kematian Penyanyi Utama Fotograf

Shamrin Fotograf meninggal dunia

11/11/2010 7:10pm


KUALA LUMPUR 11 Nov. - Penyanyi utama kumpulan Fotograf, Shamrin meninggal dunia sebentar tadi.
Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta itu dibawa ke hospital selepas rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman di sini petang ini.
Jenazahnya kini berada di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru di sini. - Utusan

Penyanyi utama kumpulan Fotograf meninggal dunia


2010/11/11

KUALA LUMPUR: Penyanyi utama kumpulan Fotograf, Shamrin Abdul Samad, 43, meninggal dunia selepas rebah ketika bermain bola sepak dalam satu perlawanan persahabatan di padang Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Menurut rakan baiknya yang juga penyanyi kumpulan Bumiputera Rockers, Johari Mat Rozekhi atau Joey, Shamrin sempat memaklumkan badannya kejang ketika kejadian itu berlaku.

“Kami terus mengangkatnya ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital, tetapi pada masa itu, wajahnya sudah kebiruan," kata Joey yang turut menyertai perlawanan antara artis Malaysia dengan pasukan MAA Insurance itu.
-Berta harian


1 ulasan:

  1. al fatihah... sayang arwah masih muda dan masih ada tempat sebenarnya di dalam industri muzik di malaysia... suare shamrin trademark untuk shamrin... aku minat... alfatihah...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...