Khamis, 18 November 2010

Mood Cuti

salam semua,

Memandangan ada antara kita akan memulakan tugas rasmi esok, aku nak ucapkan selamat bertugas. Aku masih dalam mood bercuti sehingga 21 hb. Masih ada masa lagi untuk aku berehat.
Rutin harian melayani kerenah anak-anak membuatkan aku happy sangat.

Tetapi rutin harian dengan blog nie akan aku teruskan juga. Biarpun kadang-kadang kekeringan idea menjalar di fikiran aku. Nak ceritakan kisah hdup aku seharian pun tak  terluah, ala... aku blogger yang masih menapak. Bukan ada peminat pun. Tapi aku akui setiap apa yang aku tulis pasti ada yang membacanya.

Bak kata kawan Blogger aku, kita nie bukan blogger glamour pun nak cerita riwayat hidup seharian. Kenalah usaha lebih cari entri yang boleh menarik perhatian pembaca untuk baca entri kita tu. sebagai contoh Gossip dan berita semasa.

Nak belajar tentang apapun dalam berblog nie semuanya ada. Blogger2 tegar dan lama akan selalu memberikan tips yang berguna untuk kita. Kitan nak ilmu blog tentang apa? Pergi jer jumpa PAKCIK GOOGLE. Semuanya ada "macam-macam ada"...

Untuk pengetahuan semua, aku melayari internet dengan guna GPRS jer.. itu jer yang ada. Tapi syukurlah... boleh juga berblog, cuma kadang-kadang terlalu slow macam siput vavi.

Apapun selain suka-suka dan saja-saja aku punya cita-cita untuk jadi yang terbaik dalam berblog. Nak juga jadi macam orang lain.. betul tak??? selamat  malam....

1 ulasan:

  1. tu la.. nk blogging ni kena alert cket dgn current info hehehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...