Rabu, 10 November 2010

IBU DUA ANAK SERTA SUAMI ............. DALAM KEMALANGAN

Seri Kembangan - 09 Nov. Sebuah kereta yang dinaiki oleh sepasang suami isteri dan dua anak perempuan mereka bertembung dengan beberapa kenderaan lain dari arah bertentangan di Seri Kembangan petang tadi.

tapi...... kemalangan itu tidak berlaku. ( kalau tak macam tu lah berita esok keluar.)

Alhamdulillah, tetapi aku isteri dan anak-anak selamat. Kereta yang aku pandu semasa perjalanan balik dari Putrajaya dan semasa berada selepas fly over ke Seri Kembangan dan Serdang dekat trafik light, sebuah pajero jenis mitsubishi no pendaftaran WTK 843 (834) confius dah  tiba-tiba keluar dari lorong kiri secara mengejut. Aku dah tak boleh brek.....  aku di beri dua pilihan

1. Langgar Pajero tersebut.

- lepas tu mintak claim , kalau tak berjaya kene pergi Balai buat report

2. Elak

- Naik atas divider sebelah kanan dan berkemungkinan aku akan terbabas ke lorong bertentangan dan berlanggar kereta yang datang dari arah hadapan.

apa yang aku nak buat ????

aku naik divider control stereng kereta dan tekan hon ( sebenarnya tak sengaja, tertekan)..huhuhu
kereta yang ada kat lorong bertentangan dah mengelabah dan perlahankan kenderaan...
yang belakang aku pun sama perlahankan kenderaan...
selapas itu aku berjaya turun kejalan semula dan memandu macam biasa..

waktu tu...

pajero tu blah jer macam biasa.... buat tak tahu jer... bengang betul aku.. dan mula hendak mengeluarkan kata-kata kesat ~!@#$%^&*( tapi... aku mengucap panjang... ucap Alhamdulliah anak2 aku dan isteri aku selamat walauapun muka aku yang gelap nie pucat, jantung berdegup kencang.. wife aku lagi lah... pucat lesi... anak2 di pangku tidur....

Anyway.. ALHAMDULILLAH.........  aku dan family selamat... kereta pun ok...

Note : (diveder tu nasib baik boleh naik.... tiang lampu jalan pun nasib baik tak ada.)

3 ulasan:

  1. syukur selamat.. kecut perut jugak kalau sapa2 berada dlm keadaan cmtu.. lbh2 lagi ada keluarga

    BalasPadam
  2. tu la..nasib baik... anak 1st 1 tahun 11 bulan yang kecik 4 bulan..
    nasib baik anak2 tido.. kalau terjaga mesti terkejut.. nanti fobia..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...