Selasa, 9 November 2010

Aku anak FELDA....

Segalanya bermula disini...  ok.. aku nak memperkenalkan blog kawan aku yang membuatkan aku tak lupa siapa dan dari mana aku datang..  Link dia  http://feldakumai.com/. 


"Felda Kumai - Bermulanya seribu langkah"

Sedikit mengenai Felda Kumai.


Pengenalan

Felda Kumai terletak 29 km dari Simpang Bandar Kerayong (sekarang dikenali sebagai Bandar Baru Bera) didalam Daerah Bera, Negeri Pahang . Mula diteroka seawal tahun1979 dan mula diduduki sejumlah 450 buah keluarga dari seluruh Malaysia semenjak tahun 1980.

Di awal pembukaan, bukan sedikit cabaran bagi para Peneroka yang terpilih. Jauh di pendalaman, bersempadan dengan Hutan Simpanan Chini yang menjanjikan ratusan jenis haiwan liar. Masih ingat seawal tahun 1980an, masalah binantang buas seperti gajah bukan cerita luarbiasa.
Kini selepas 30 tahun, ianya berubah. Bilangan peneroka sama tetapi generasi kedua dan ketiga kian bertambah. Bekalan air bersih pada pertengahan 80 an dan elektrik pada awal 1990 an mengubah wajah. Bagi mereka yang senior, tranformasi Felda Kumai dan felda sekitarnya pasti terimbau didalam ingatan. Jalan tanah merah, pelita ayam, sekolah tumpang di Felda Mayam dan berbagai lagi pasti menjadi kenangan.
Tempat menarik di sekitar Felda Kumai
Hutan Lipur Bukit Bertangga merupakan salah satu tempat perlancongan di negeri Pahang. Terdapat dua kawasan air terjun yang mempunyai ketinggian 30 meter dan 20 meter. Kemudahan yang disediakan adalah seperti jalan masuk, pondok rehat, tong sampah, jambatan kayu dan tapak perkhemahan. Beberapa aktiviti boleh dijalankan disini seperti mandi-manda, berkelah dan berkhemah.

Felda Kumai juga berdekatan dengan Tasik Bera, tasik semulajadi terbesar di Malaysia. Tasik Bera telah diisytiharkan sebagai Tapak Ramsar yang pertama di Malaysia. Tasik Bera sangat di kenali di kalangan kaki pancing seluruh Malaysia kerana terdapat lebih 100 jenis spesies ikan di sini.
macam-macam ada kat page nie.. silalah melawat eik... 

This entry was posted in

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...