Isnin, 15 November 2010

Aku nak balik kampung.KOrang??

Salam semua.aku kat rumah la ngah bersiap nie.. nak balik kampung yahooo... demam akak dah semakin berkurangan.
Tapi nampaknya cuaca macam nak hujan. Harap harap semuanya akan berjalan lancar Insyallah.

Perjalanan hari ini bermula dari rumah aku dI Seri Kembangan melalui Lebuhraya LEKAS ke Senawang seterusnya melaui Bukit Putus ke Kuala Pilah ke Bahau dan berakhir di Felda Pasir Besar, Gemas. Doakan perjalanan kami selamat eik.

Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi peringatan kepada aku dan kawan-kawan semua yang ingin pulang ke kampung untuk berhati-hati dijalanraya. Utamakan keselamatan. Selain itu, keselamatan rumah yang hendak di tinggalkan juga perlu di titik beratkan. Pastikan, Semua suiz ditutup dengan baik. Kunci semua tingkap dan pintu dengan rapi. Jangan tergopoh gapah, rancang perjalanan yang nak dituju agar perjalanan berjalan lancar INSYALLAH...

Tolong pasikan juga keadaan kenderaan anda di dalam keadaan baik dan selamat. Berhati-hati di jalan raya....

aku nak balik kampung, Korang???

4 ulasan:

  1. beraya kat kl je. hati2..safe journey! XD

    BalasPadam
  2. salam...nk tumpang tanye, kalo nk ke gemas melalui LEKAS nk exit mana ye?

    BalasPadam
  3. @Anonymous simpang ... paroi.. senawang.. kuala pilah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...