Isnin, 29 November 2010

Bagaimana Mengesan Kecurangan Suami


Peratusan ini jauh lebih tinggi berbanding 24% untuk purata dunia. Jadi, bagaimana? Apakah anda tidak bangga menjadi wanita? Namun saban hari saya masih menerima soalan tentang perkara remeh-temah kehidupan, misalnya soalan berikut;

“Maafkan saya kerana mengganggu. Saya inginkan kepastian apakah tanda-tanda sekiranya suami kita berlaku curang atau mempunyai wanita lain di luar sana?”

Orang lelaki pun satu, tak habis-habis nak berlaku curang. Wanita yang jadi pasangannya itu pun satu, tak habis-habis nak ganggu suami orang.

Baiklah, persoalan begini tentu banyak menghantui orang lain juga. Saya berikan tiga tanda yang biasa nampak. Sekadar jadikan panduan. Ingat, usah diungkit-ungkit dan usah dicungkil-cungkil, nanti sesuatu yang memang tiada menjadi sebab pula untuk muncul satu lagi pasangan bermasalah.

Pertama, andainya suami anda itu bukanlah seorang ahli perniagaan yang sangat sibuk membina kecemerlangan atau pemimpin masyarakat yang selalu dicari-cari orang, ataupun seorang yang memang disenangi oleh ramai kawan, tetapi dia tidak lekang dengan telefon bimbitnya. Maknanya dia akan membawa telefon bimbit ke mana-mana pun dia pergi, bahkan hingga bilik air dan sanggup tergesa-gesa pulang ke rumah andainya dia tertinggal telefon bimbit itu, tidur dengan telefonnya di bawah bantal dan mudah terjaga apabila anda cuba hendak mengambilnya, mudah marah apabila anda mengambil telefonnya yang berbunyi apalagi untuk membaca mesej-mesej yang masuk. Dalam kata lain telefon bimbit bagaikan jantungnya, jika itu yang dilakukan oleh suami maka mungkin ada suatu yang disembunyikan.

Jangan cepat mengamuk

Apa yang anda boleh lakukan? Ingat, jangan cepat mengamuk. Bukankah saya pernah berpesan dahulu, lebih baik banyak percaya daripada lebih banyak curiga. Hidup dalam percaya lebih lega berbanding curiga. Curiga membawa sengsara sedangkan percaya menjamin bahagia.

Kalaupun anda ingin bertindak, menyamarlah sebagai orang lain dan cubalah hantar mesej-mesej jiwa kepadanya. Jika dia melayan, itu tandanya dia memang mudah melayan wanita-wanita misteri di luar sana.
Bawa dia kembali ke trek yang asal secara hemah, ingatkan dia tentang anak isteri, tentu ibu ayah dan tentang Allah. Dia mungkin meninggalkan anda sebab menganggap anda membosankan, tetapi tidak mengapa, nasihat-nasihat yang anda berikan itu akan masuk juga di hatinya, siapa tahu.

Kedua, lelaki begini selalunya hilang fokus. Selalunya prestasi kerjanya menurun. Jika anda dapati dia mendapat surat amaran dari pejabat ataupun gajinya tidak dinaikkan dan pangkatnya statik, dia mungkin ada hubungan lain yang menyebabkan tumpuannya tersasar.

Lebih-lebih lagi jika wanita berkenaan seorang yang cerewet, mengada-ngada serta kerap merajuk, tumpuan suami anda pasti luntur dan ini sudah tentu memberi kesan yang tidak baik pada pekerjaannya.

Anda juga boleh lihat dia agak serabut di rumah tetapi agak bergaya apabila hendak keluar rumah.
Ketiga, dia akan menafikan sekeras-kerasnya apabila anda terjah dengan soalan jerangkap samar. Mereka yang terlalu menafikan selalunya telah bersedia dengan pelbagai jawapan dan alasan, sebaliknya mereka yang memang tiada hubungan terlarang akan hanya tertawa atau senyum serta menunjukkan tiada minat untuk berbicara lebih-lebih soal ini.

Andainya anda minta dia berkata secara jujur, demi ibu ayah, demi anak-anak, bahkan demi Allah, dia tidak berani mengatakannya atau teragak-agak ataupun minta tangguh, itu tandanya ada apa-apa.

Apa pun, seperti yang saya kata awal tadi, lebih baik banyakkan percaya daripada besarkan curiga. Kadang-kadang tiada apa-apa tapi sebab asyik dikata, menjadi pula ia...

2 ulasan:

  1. Betul tu lebih baik percaya dr curiga.. hanya membebankan otak. Namun.. sbg seorg isteri.. ia akan hadir bila kelakuan si suami spt di nyatakan.. Namun hendak berkata, payah tidak berkata hati yang parah lalu berserah, tawakal & doa.. Moga Allah dpt membantu dengan Petunjuk2 yang di berikan

    BalasPadam
  2. Naluri seorg isteri sgt kuat tp suami yg yg sdg asyik dilamun cinta sgt pndai menipu,,,hnya mampu memohon doa pd Allah agar sang suami kembali ke pangkal jln.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...