Pengikut

Kelmarin dan hari ini.

Ketika  keheningan malam yang sunyi dan sepi, 
Hatiku  mula memikirkan dosa-dosa kelmarin yang masih membayangi benak fikiranku . 
Jahilkah aku ketika itu? 
Aku telah tersesat didalam lebuhraya yang aku turapkan sendiri. 


Aku telah jauh meninggalkan MU Yang Maha Esa. 
Aku alpha, aku hilang dalam dunia yang aku cipta sendiri. 


Corak hidup yang asalnya diukir cantik oleh kedua ibu bapaku, 
telah aku conteng dengan dakwat hitam yang tidak mungkin dipadam dengan cucian biasa. 
Contengan yang  hanya akan hilang dan padam dengan api yang membakar.


Kini aku cuba memadam gurisan-gurisan hitam yang masih menjadi barah dalam hidupku..
Adakah rayuan dan taubat hambaMU ini diterima oleh mu Ya Tuhan..
Aku masih menghitung hari untuk meneruskan perjalanan hidup ini,
Walau aku tahu mati itu bukan dalam kawalanku..


Dengan sisa kehidupan yang masih KAU berika kepada aku, 
Akan aku manfaatkan kejalan Mu Ya Allah..
Akan aku redah fatarmogana ciptaan dunia yang melalaikan.
Apabila kerinduan datang mengusik dan menyentuh hati kecil ini.
Akan ku harungi keheningan subuh untuk aku mengabdikan diri pada Mu...
Insyallah...

Previous
Next Post »