Sabtu, 27 November 2010

Peluang Kerjaya

Peluang Kerjaya

Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) sebuah syarikat berkaitan kerajaan diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan dan diselia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa individu yang dinamik untuk jawatan berikut :-

PENTERJEMAH PELATIH

Calon akan menjalani program latihan dalam bidang penterjemahan dan penyuntingan.
Tarikh Tutup: 06 Dec, 2010
Tanggungjawab Kerja
Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) sedang mencari calon baharu yang dinamik untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kami dalam usaha menerajui bidang terjemahan di Malaysia. Calon akan menjalani program latihan dalam bidang penterjemahan dan penyuntingan. Program latihan ini adalah sebahagian daripada inisiatif ITNM dalam usaha melahirkan penterjemah mahir bagi melaksanakan projek terjemahan kami pada masa hadapan. Calon yang berkelayakan dipelawa untuk memohon mengikuti program latihan ini.
Calon yang berjaya akan ditawarkan tempat sebagai pelatih program selama setahun dan akan mendapat elaun bulanan sebanyak RM1,200.00 termasuk beberapa manfaat seperti KWSP, PERKESO dan Insurans Perubatan. Calon berkenaan akan diberikan pendedahan dan pengalaman kerja selama menjalani program latihan tersebut. Seterusnya calon yang layak akan diberikan peluang untuk diserapkan ke jawatan tetap selepas tamat tempoh kontrak 
Syarat Kelayakan
• Mempunyai ijazah dalam apa-apa bidang atau berpengalaman dalam bidang terjemahan.
• Fasih bertutur dan mahir menulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
• Mempunyai personaliti dan kemahiran komunikasi yang baik.
• Mahir menggunakan komputer.

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...