Sabtu, 27 November 2010

Keputusan saya muktamad: Siti

nie  la cerita penyanyi no1 malaysia, Siti nurhaliza. CT menegaskan untuk menarik diri dari Pencalonan Anugerah Bintang Popular. Bagus la, dia nak bagi peluang pada orang lain... Sedikit cerita yang di petik dari Berita Harian dan Metro.

pix_gal0
Bharian.com



KEPUTUSAN penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 31, menarik diri daripada pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) boleh dianggap drastik. Malah, sudah tentu ia satu kejutan yang tidak diduga.

Sejak dikenali menerusi lagu Jerat Percintaan pada 1995, sejarah kejayaan Siti di ABPBH cukup membanggakan apabila menang Bintang Paling Popular sebanyak tujuh kali manakala Penyanyi Wanita Popular tidak pernah kalah sejak 1996. Pastinya langkah ini memberi laluan buat penyanyi wanita lain untuk menang.

“Keputusan untuk menarik ini adalah muktamad. Siti sudah pun bertemu dengan pihak penganjur dan menerangkan sebab dan juga alasan mengapa Siti ingin menarik diri dari ABPBH. Bagaimanapun, seperti yang pernah Siti katakan sebelum ini, Siti cuma menarik diri dari bertanding. Dari segi lain, Siti tetap memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap ABPBH.

“Apabila Siti mengambil keputusan untuk tidak bertanding, Siti memang sudah memikirkannya masak-masak. Siti rasa sudah tiba masanya untuk Siti berundur dari dan hanya memerhatikan acara ini dari kerusi penontonnya,” kata ujar Siti sambil mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menghormati keputusannya itu. 
Tindakan Siti menarik diri dari menyertai acara itu ketika popularitinya masih di kemuncak seakan mengingatkan kembali apa yang pernah di lakukan Tun Dr Mahathir Mohamad suatu ketika dulu. Adakah Siti memang mahu mengikut jejak langkah mantan Perdana Menteri keempat itu ataupun Siti sebenarnya takut pada bayang-bayangnya sendiri?

“Siti akui memang Siti pernah meminta pandangan daripada Tun dan juga VVIP yang lain mengenai perkara ini. Ternyata mereka lebih suka supaya saya menarik diri kerana menurut mereka dalam situasi sekarang, populariti bukanlah sesuatu yang Siti perlu kejar. Berkenaan kononnya penarikan diri ini disebabkan Siti takut populariti jatuh, itu semua tidak benar sama sekali.

“Impian Siti hanyalah untuk melihat bakat baru mewarnai ABPBH. Itu saja,” tegas Siti yang berjaya mempertahankan gelaran Penyanyi Wanita Popular untuk kali ke-13 berturut-turut. 

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...