Isnin, 15 November 2010

ANAK AKU DEMAM ...

En3 nie aku tulis pukul 2 pagi masa aku nak tido. Masa nak tido aku buat rutin biasa iaitu bacakan doa dan ayat2 suci Al- Quran. Aku letakkan tangan pada badan anak aku yang sulung (kakak) macam demam pulak. Seperti biasa aku amik thermometer dan ambil suhu badan kakak.. 1st 37.9 2nd 38.1 sah nak demam.

Wife aku mula susah hati. Ambil ubat demam dan bagi makan. Kesian aku tengok wife aku memang tak lena  tido dia malam nie.Dia pasti akan bangun untuk pastikan suhu badan anak aku tak terlampau panas. Aku pulak kerja pagi hari nie. Yang aku paling risaukan bila kak demam adik mesti demam.. Kesian betul.. Wife aku dah ambil towel basah dan letakkan pada kepala kakak. Harap-harap semua akan baik Insyallah.. Petang  kang nak balik kampung... nak raya lagi....

Pagi tadi aku bangun kakak pun dah bangun. Mata berair jer... panas dalam agaknya.. Aku pesan kat wife suh mandikan n bagi makan.. Pas tu suh bagi makan ubat.. Kalau tak baik jugak petang nie bawak pergi klinik. Balik kampung lepas tu.
This entry was posted in

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...