Sabtu, 13 November 2010

Kriteria ke sekolah berasrama penuh kembali ke asal – TPM

YOKOHAMA 13 Nov. – Pemilihan pelajar-pelajar ke sekolah berasrama penuh (SBP) akan kembali berpandukan tujuan asal sekolah sedemikian diadakan, iaitu memilih mereka yang mendapat keputusan cemerlang daripada kalangan keluarga yang miskin, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"The ”cream” (yang terbaik) tapi di kalangan keluarga yang miskin. Itu adalah asas kenapa SBP diadakan.
“Asrama disediakan sebab tempat tinggal jauh untuk mudah mereka belajar. Pembiayaan kos juga agak rendah. Asas itu harus kita gunakan sekarang,” kata beliau.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong bahawa hanya 10 peratus daripada 48,327 murid yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini berpeluang melanjutkan pelajaran di SBP.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Muhyiddin berkata, kesukaran memasuki SBP bukan perkara baru kerana jumlah pelajar yang cemerlang agak ramai, manakala tempat untuk SBP adalah terbatas iaitu sebanyak 7,000 sahaja. – Bernama [ utusan ]

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...