Isnin, 29 November 2010

Menulis Gaya Kreatif



google


SIFAT-SIFAT  PENULIS
Bagaimana nak menulis karya kreatif? 
Penulisan kreatif seperti cerpen ini sebenarnya tidak dapat diajar.  Pembimbing tidak dapat memberitahu seseorang bagaimana hendak menulis namun pembimbing dapat menerangkan bagaimana hendak menulis dengan lebih baik.  

Yang penting penulis :
  1. mestilah peka terhadap keadaan manusia dan berusaha memaparkan perasaannya. 
  2. mestilah cintakan kata-kata supaya frasa yang dicipta akan mengharukan pembaca.
  3. mestilah meminati dunia penulisan dan mengasingkan diri dengan tulisan supaya dapat melihat apa yang baik dan yang buruk tentang tulisannya.
  4. mestilah ada sikap yang teliti.
  5. mestilah menjadikan tulisannya sebagai amalan harian, bukan hasil sekali skala.
  6. mestilah menulis kerana mahu menulis bukan kerana sebab yang lain seperti kewangan misalnya.
  7. mestilah berani menghadapi cabaran.  Menggunakan karya yang ditolak sebagai dorongan untuk menulis dan bukan sebagai tanda dunianya telah kiamat.
Bagaimana nak menjadi penulis? 
Bakat
Bakat anugerah Allah yang sukar dilihat. Ada percanggahan pendapat oleh para pengarang mengenai hal ini. Contohnya : SN Keris Mas menyebutkan bakat sangat penting sementara SN A. Samad Said menyatakan bakat kurang penting tetapi usaha dan minat lebih penting.
Minat
Ada keinginan untuk menulis.
Rajin membaca
Hal ini diakui oleh ramai penulis seperti Anwar Ridhwan dan Khadijah Hashim.  Pembacaan akan memberi idea untuk menulis persoalan yang lain.  Pembacaan akan melibatkan penamatan dan akan menimbul idea pertama.
Ada cita-cita untuk menjadi penulis.
Hasrat atau harapan akan menjadi pendorong.
Rajin menulis

sumber : DBP
This entry was posted in

1 ulasan:

  1. klu ada kelas penulisan separuh masa, rasanya mcm nk join
    buat waktu ni, menulis di blog je
    sekadar suka-suka
    tp klu blh kembangkan lg bakat kan best

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...